Wednesday 2 November 2011

AKTIVITI P&P LINUS

AKTIVITI : BOTOL BERACUN
Bahan yang diperlukan :  Botol, 10 kad perkataan (Lampiran 6)
Tempoh Masa               :  15 minit

ARAHAN:
  1. Fasilitator mengisi 10 kad perkataan di dalam botol.


ibu


ubi


isi


ulu


ara



api


acu


abu


ada


ini

2.  Minta peserta membentuk 1 bulatan besar.
3. Fasilitator menerangkan peraturan permainan.
4. Apabila muzik berbunyi permainan dimulakan.
5. Minta peserta mengedarkan botol beracun mengikut arah putaran jam. 
6. Apabila muzik dihentikan siapa yang memegang botol beracun akan mengambil kad          perkataan dari dalam botol tersebut.
7. Minta peserta membaca perkataan tersebut dan menampal di papan putih. 
8.   Minta peserta meneruskan permainan sehingga perkataan selesai digunakan.
9. Minta peserta membaca semua perkataan yang ditampal di papan tulis.

AKTIVITI:  MARI MENYANYI
Bahan yang diperlukan:   Seni kata Lagu (Lampiran 7)
Tempoh Masa             :   5 minit

ARAHAN:
  1. Fasilitator mempamerkan seni kata lagu.
  2. Minta peserta mendengar fasilitator menyanyi lagu (Lagu Pak Mamat Ada Kebun).
  3. Minta peserta menyanyi lagu.
  4. Minta peserta menyebut beberapa perkataan yang ada pada seni kata lagu.

 Senikata lagu -  Ibu Ada Ubi.                                  
  
Ali ada seorang ibu              
bu bu bu bu bu
       ibu ada kebun ubi
bi bi bi bi bi bi
Isi ubi ibu cuci
ci ci ci ci ci
Masak ubi guna api
pi pi pi pi pi
Ibu beri saya isi
si si si si si
Kami makan sama-sama
ma ma ma ma ma
Melodi Lagu: Pak Mamat ada kebun